Search This Blog

Wednesday, December 9, 2009

KAU GADISKU..


ASH..seorang yang pemalu tapi bertanggungjawab, berkulit white brown, tinggi lampai, dan berkomitmen. Petang itu, sebaik sahaja tamat kuliah, Ash terus pulang ke biliknya. Sampai saja di biliknya, dia melihat rakan sebiliknya telah pun ada di dalam yang sedang berbaring diatas katil. Ada juga yang sedang bermain komputer. Tanpa menghiraukan rakannya, Ash mencampakkan beg yang disandangnya ke atas meja dan terus berbaring diatas katil kerana terlalu penat dengan kuliah yang amat padat pada hari itu. Setelah berehat beberapa minit, jam ditangannya sudah menunjukkan pukul lima. Ash mengeluh kerana dapat berehat sekejap sahaja. Ash bangun dari katilnya dan terus bersiap untuk pergi ko-kurikulum. Ash mengambil ko badminton dalam subjeknya. Setiap hari Rabu Ash mesti berada di dewan badminton untuk subjek tesebut. Di situlah dia melihat seorang perempuan yang  pernah dijumpainya di bazar Ramadhan. Ash betul-betul tidak menyangka yang perempuan dijumpainya itu berada sekali dalam kelas ko badminton tersebut. Perempuan itu sangat simple dan sekali pandang dia nampak baik dan sopan sekali. Perempuan itu dikenali sebagai Diyana..seorang yang pemalu tapi tegas orangnya,suka enjoy dan main-main,boleh dikatakan tinggi dan satu lagi..manja..hehe. Setiap hari Rabu, Ash mesti bertemu dengan Diyana dalam kelas ko akan tetapi Ash tidak pernah menegurnya. Setelah beberapa minggu berlalu, kelas ko berakhir  dengan ujian peperiksaan. Sebaik sahaja tamat test tue, Ash terus balik ke biliknya dan bertanyakan tentang nombor telefon Diyana daripada rakannya yang pernah sekuliah dengannya. Apabali Ash mendapat nombor telefon Diyana, Ash terus membuat misscall ke nombor Diyana. Selang beberapa minit, Ash terkejut kerana Diyana telah menelefonnya. Ash takut untuk mengangkat panggilan itu. Akan tetapi, tanpa ragu-ragu, Ash telah menjawab panggilan tersebut. Di situ, maka bermula lah satu perhubungan yang tidak pernah disangkakan oleh Ash. Ash dan Diyana mula berhubung antara satu sama lain. Setelah beberapa hari berkenalan, Diyana telah mengajak Ash ke perpustakaan supaya mengajarnya dan membantunya dalam pelajaran. Ash dengan rasa segan telah pergi ke perpustakaan seperti yang dijanjikan oleh Diyana. Sebelum ini Ash dan Diyana tidak pernah berjumpa sejak mereka mula berhubung. Di perpustakaanlah tempat pertama kali Ash dan Diyana bertentang mata antara satu sama lain. Ash berasa sangat segan dan telah mengajak rakannya Daniel untuk menemaninya. Setelah beberapa minit berada di perpustakaan, Daniel telah pergi ke tempat rakannya yang lain dan sejurus selepas itu Diyana pun datang ke meja Ash dan duduk berhadapan dengannya. Pada saat tue, tiada siapa pun yang tahu perasaan Ash ketika itu. Bermacam-macam benda bermain difikiran Ash. Hatinya begitu berdebar-debar. Perempuan yang pernah diidamkanya untuk dijadikan teman betul-betul berada di hadapannya. Khayalan Ash terganggu dengan teguran Diyana. Diyana telah meminta tolong Ash mengajarnya subjek yang dia lemah. Ash pun tolong la kan. Pada mulanya Ash berasa kekok untuk mengajar Diyana kerana Ash tidak biasa dengan Diyana. Pada keesokkan harinya, Ash dan Diyana berjumpa lagi. Hubungan mereka semakin rapat. Kali ini, Ash yang pergi ke meja Diyana. Ash dan Diyana belajar seperti biasa. Apa yang Ash tidak faham,Diyana yang menerangkannya. Apa yang Diyana tidak faham,Ash yang menerangkannya. Setelah hari-hari belajar bersama-sama, kadang-kadang Ash dan Diyana keluar makan bersama-sama. Ash berasa sangat gembira. Kegembiraan pada kali ini adalah kegembiraan yang belum pernah dirasainya sebelum ini. Setelah berhari-hari belajar bersama, maka tibalah hari peperiksaan. Pada malam sebelum peperiksaan, Ash dan Diyana study sehingga lewat malam dan boleh dikatakan langsung tidak tidur pada malam itu. Sambil-sambil study, Ash dan Diyana juga bermesej antara satu sama lain. Pada malam itu, Diyana telah mengajak Ash untuk turun bersamanya ke dewan peperiksaan. Ash sangat terkejut kerana sebelum ini Ash tidak pernah turun ke kelas bersama perempuan walaupun budak kelasnya sendiri. Tapi Ash tetap setuju dengan jemputan Diyana. Pada keesokan paginya, Ash dan Diyana pun berjumpa di tempat yang telah dijanjikan. Ash terpegun melihat Diyana. Diyana begitu cantik sekali dengan berbaju kurung oren. Ash selalu menatap muka Diyana tapi Diyana malu kalau ada orang melihatnya begitu. Ash dan Diyana berjalan bersama-sama hinggalah sampai di dewan peperiksaan. Setiap langkah yang Ash lalui, Ash merasa bagaikan dia dan Diyana sahaja yang berada di dunia ini. Setelah tamat peperiksaan pada hari tersebut, Diyana terus pulang kerumah dengan abahnya yang datang mengambil. Ash tidak dapat pulang terus pada hari tersebut kerana ada banyak kerja yang perlu diselesaikan. Setelah lama tidak berjumpa Diyana, Ash begitu rindu sekali dengan Diyana. Ash selalu teringat akan seyumannya, ketawanya, gurauannya, kenakalannya, kemanjaannya, matanya, kutenya..hehe. Ash pun tidak tahu kenapa boleh timbul persaan begitu, mungkin kerana sebelum ini kerap kali berjumpa kot. Dalam pada itu, barulah Ash tahu yang dia telah mula menyayangi Diyana. Dalam cuti semester itu, mereka selalu berhubung antara satu sama lain. Oleh kerana selalu berhubung, Diyana pula telah menyatakan yang dia telah mula menyayangi Ash tetapi Diyana tidak mahu couple kerana takut kisah lama berulang kembali. Ash faham akan keadaan Diyana dan Ash tetap menunggu Diyana. Ash tetap selalu disisi Diyana ketika Diyana memerlukan Ash. Ash dan Diyana begitu mesra sekali sehinggalah Diyana pulang ke kampung. Sejak dari hari itu, Diyana berubah dan jarang menghubungi Ash. Ash begitu tertanya-tanya kenapa Diyana menjadi begitu. Akhirnya Ash bertanya sendiri kepada Diyana dan Diyana menceritakan perkara sebenar kepada Ash. Ash cuba memahami Diyana dan sekarang Ash dan Diyana tetap jarang berhubung. Tidak seperti dulu lagi. Ash dapat merasakan perubahan Diyana. Walau macam mana pun, Ash tetap menerima Diyana seadanya. Ash begitu begitu menyayangi Diyana dan Ash tidak tahu adakah Diyana pun merasa begitu. Sekarang, Ash hanya dapat berhubung dengan Diyana pada waktu malam sahaja. Itupun kalau dapat. =[ Ash berharap sem hadapan Ash dapat berjumpa Diyana kembali dan dapat study sama macam dulu lagi. Ash sayang Diyana.

1 comment:

  1. keep trying.. dia suda mula menyayangimu...:)

    ReplyDelete