Search This Blog

Tuesday, December 8, 2009

TIP CINTA KOT!!

BIARPUN MENCINTAI PASANGAN SEPENUH HATI,NAMUN ADA KALANYA RASA CINTA YANG BERKOBAR DI JIWA ITU DIRAGUI. MUNGKIN KERANA SIKAP ANDA YANG SELAMBA,ATAU TIDAK PERNAH MEMPAMERKAN PERASAAN AKHIRNYA MEMBUATKAN PASANGAN WASWAS TERHADAP PERASAAN ANDA YANG SEBENARNYA CUKUP TULUS MENCINTAI DIRINYA. Bagi memastikan segala kegusaran terhadap cinta itu,anda mungkin perlu membuktikan apa yang anda rasai itu. Sebabnya pasangan memang memerlukan perhatian dan pengertian bahawa dirinya dicintai.
TIDAK MEMINTA BALASAN
Cinta kepada pasangan semestinya adalah pemberian yang tulus. Cinta adalah ketulusan hati. Untuk itu, tidak selayaknya menyelitkan balasan untuk keuntungan atau kesenangan sendiri. Jangan selalu berharap di kala anda mencintai pasangan, anda akan mendapat perhatian yang sepenuhnya dengan pasangan atau berharap pasangan tidak akan melakukan kesalahan. Harapan ini akan menyakitkan diri anda sendiri. Ingatlah mencintai pasangan bererti anda ‘hanya’ memberi, jadi jangan mengharapkan balasan. Imbal balik dari pasangan akan datang dengan sendirinya bila anda tulus mencintainya.
JANGAN MENUNTUT
Jangan cemari hati dan cinta dengan tuntutan yang pelbagai. Apatah lagi menuntut sesuatu yang tidak mungkin dapat diberikan oleh pasangan seperti kemewahan yang melimpah ruah. Terlalu banyak menuntut selalunya mempunyai maksud untuk kepentingan peribadi. Ia tidak akan mampu mematangkan hubungan malah boleh menghancurkan jalinan kasih yang dibina. Apabila ini berlaku, kesetiaan anda pun luntur. Jadi, jangan banyak ‘menuntut’ sebaliknya andalah yang harus belajar untuk selalu memberi yang terbaik kepada orang lain, termasuk kepada pasangan, melalui cinta anda.
JANGAN TAKUT DIKECEWAKAN
Tidak selamanya sesebuah perhubungan itu akan sentiasa bahagia atau gembira. Ada masanya dilanda kekecewaan mungkin kerana salah faham, perasaan tidak puas hati dan sebagainya sehingga mengguris perasaan. Namun, jangan takut, anda sebenarnya dapat mendewasakan diri dari “luka-luka kecil” seperti ini. Bila anda sudah mampu menghadapi situasi seperti ini, anda akan tetap setia terhadap cinta anda. Cintalah yang akan menghibur anda dari kelukaan hati. Cintalah yang akan membuatkan anda bersemangat untuk bangkit dari kekecewaan. Kesetiaan terhadap cinta inilah yang akan terus menguatkan hubungan kasih anda dengan pasangan.
JADILAH PENGHIBURNYA
Tempatnya cinta adalah hati. Bila hati sedang terluka, seseorang memerlukan hiburan. Begitu juga jika hati pasangan anda sedang berduka, hiburkanlah dirinya. Cinta andalah yang akan menggerakkan diri anda untuk menyenangkan hati pasangan. Namun perkara itu tidak dapat anda lakukan sekiranya anda tidak dibekalkan dengan kesetiaan.
FAHAMI HATI SEPENUHNYA
Manusia tidak selalu berada dalam situasi yang menyenangkan. Sepeti diri anda juga, pasangan akan menghadapi masa-masa sukarnya. Justeru bila pasangan berada dalam keadaan seperti ini fahami hatinya. Jangan pula anda memburukkan lagi suasana hatinya sebaliknya cuba bantu dirinya melalui masa sukar ini. Jangan sesekali juga membiarkan pasangan sendirian mengharungi kepayahan hidupnya. Setialah berada disisinya. Hanya dengan cara ini pasangan akan lebih mencintai anda.
SYUKUR ATAS APA YANG TERJADI
Setiap yang berlaku hidup ini pasti ada hikmahya. Begitu juga dengan apa yang anda lalu. Jangan mengeluh ataupun kecewa menghadapi kesukaran hidup, konflik dan sebagainya. Ucapkan syukur atas kurniaan-Nya kerana member pengalaman yang mewarnakan hubungan anda sekali gus memberi pengajaran dan kedewasaan.
MATANG DALAM TINDAKAN DAN FIKIRAN
Setipa kali membuat keputusan dan bertindak, fikirkan juga kesannya kepada pasangan anda. Selain itu kematangan juga bererti anda menggunakan keyakinan diri dalam menghadapi apa juga yang berlaku. Kematangan juga akan membuat anda setia pada pasangan tanpa digugat dengan perkara-perkara yang tidak pasti. Untuk itu, berushalah untuk matang dalam fikir dab tindakan, agar kesetiaan cinta terus pula berkembang. Hubungan kasih pun akan semakin kuat dan mandiri.
TEGUH DALAM HARAPAN
Cinta tanpa npengharapan tentu akan sia-sia. Hidup takkan bergerak ke depan tanpa harapan. Anda dan pasangan juga seakan tidak memiliki focus kea rah yang lebih baik lagi. Anda juga tidak kan dapat menambahkan sedikit demi sedikit makna cinya dalam hidup anda. Untuk itu, milikilah harapan dan berushalah untuk selalu untuk mewujudkannya. Cara ini anda akan tetap setia kepada cinta anda, kerana harapan andalah yang mendorongnya. Tanpa setia dalam cinta, anda tidak akan ghairah dalam mewujudkan harapan-harapan anda, terutama harapan agar hidup penuh kasih saying dengan pasangan. “CINTA YANG SEBAIKNYA TIDAK HANYA DISIMPAN DI BIBIR SAJA. JANGAN JUGA HANYA DIUNGKAPKAN DENGAN KATA YANG INDAH. SEBAIKNYA SELARASKAN KATA-KATA DENGAN PERBUATAN ANDA HINGGA MAKNA CINTA ITU DAPAT DIRASAKAN BERSAMA PASANGAN. INILAH YANG MEMBUKTIKAN KESETIAAN DAN CINTA ANDA PADA PASANGAN..”

1 comment:

  1. gue tulis jew tips tue...kalo korang ase betul... korang ikut aw..kalo x..baek xyah..nanyo kalo tidak..hehehe
    peace!!

    ReplyDelete