Search This Blog

Friday, December 11, 2009

KERANA AKU SAYANG KAMU

Seandainya, kau ada disini denganku
Mungkin ku tak sendiri
Bayanganmu, yang selalu menemaniku
Hiasi malam sepiku
Kuingin bersama dirimu
Ku tak akan pernah, berpaling darimu
Walau kini, kau jauh dariku
Kan slalu kunanti
Karna ku sayang kamu
Hati ini, selalu memanggil namamu
Dengarlah melatiku
Ku berjanji, hanyalah untukmu cintaku
Takkan pernah ada yg lain
Adakah rindu di hatimu
Seperti rindu yang kurasa
Sanggupkah kuterus terlena
Tanpamu disisiku, ku kan slalu menantimu
Seandainya, kau ada disini denganku
Mungkin ku tak sendiri
Bayanganmu, yang selalu menemaniku
Hiasi malam sepiku
Kuingin bersama dirimu
Ku tak akan pernah, berpaling darimu
Walau kini, kau jauh dariku
Kan slalu kunanti
Karna ku sayang kamu
Kan slalu kunanti
Karna ku sayang kamu

Wednesday, December 9, 2009

KAU GADISKU..


ASH..seorang yang pemalu tapi bertanggungjawab, berkulit white brown, tinggi lampai, dan berkomitmen. Petang itu, sebaik sahaja tamat kuliah, Ash terus pulang ke biliknya. Sampai saja di biliknya, dia melihat rakan sebiliknya telah pun ada di dalam yang sedang berbaring diatas katil. Ada juga yang sedang bermain komputer. Tanpa menghiraukan rakannya, Ash mencampakkan beg yang disandangnya ke atas meja dan terus berbaring diatas katil kerana terlalu penat dengan kuliah yang amat padat pada hari itu. Setelah berehat beberapa minit, jam ditangannya sudah menunjukkan pukul lima. Ash mengeluh kerana dapat berehat sekejap sahaja. Ash bangun dari katilnya dan terus bersiap untuk pergi ko-kurikulum. Ash mengambil ko badminton dalam subjeknya. Setiap hari Rabu Ash mesti berada di dewan badminton untuk subjek tesebut. Di situlah dia melihat seorang perempuan yang  pernah dijumpainya di bazar Ramadhan. Ash betul-betul tidak menyangka yang perempuan dijumpainya itu berada sekali dalam kelas ko badminton tersebut. Perempuan itu sangat simple dan sekali pandang dia nampak baik dan sopan sekali. Perempuan itu dikenali sebagai Diyana..seorang yang pemalu tapi tegas orangnya,suka enjoy dan main-main,boleh dikatakan tinggi dan satu lagi..manja..hehe. Setiap hari Rabu, Ash mesti bertemu dengan Diyana dalam kelas ko akan tetapi Ash tidak pernah menegurnya. Setelah beberapa minggu berlalu, kelas ko berakhir  dengan ujian peperiksaan. Sebaik sahaja tamat test tue, Ash terus balik ke biliknya dan bertanyakan tentang nombor telefon Diyana daripada rakannya yang pernah sekuliah dengannya. Apabali Ash mendapat nombor telefon Diyana, Ash terus membuat misscall ke nombor Diyana. Selang beberapa minit, Ash terkejut kerana Diyana telah menelefonnya. Ash takut untuk mengangkat panggilan itu. Akan tetapi, tanpa ragu-ragu, Ash telah menjawab panggilan tersebut. Di situ, maka bermula lah satu perhubungan yang tidak pernah disangkakan oleh Ash. Ash dan Diyana mula berhubung antara satu sama lain. Setelah beberapa hari berkenalan, Diyana telah mengajak Ash ke perpustakaan supaya mengajarnya dan membantunya dalam pelajaran. Ash dengan rasa segan telah pergi ke perpustakaan seperti yang dijanjikan oleh Diyana. Sebelum ini Ash dan Diyana tidak pernah berjumpa sejak mereka mula berhubung. Di perpustakaanlah tempat pertama kali Ash dan Diyana bertentang mata antara satu sama lain. Ash berasa sangat segan dan telah mengajak rakannya Daniel untuk menemaninya. Setelah beberapa minit berada di perpustakaan, Daniel telah pergi ke tempat rakannya yang lain dan sejurus selepas itu Diyana pun datang ke meja Ash dan duduk berhadapan dengannya. Pada saat tue, tiada siapa pun yang tahu perasaan Ash ketika itu. Bermacam-macam benda bermain difikiran Ash. Hatinya begitu berdebar-debar. Perempuan yang pernah diidamkanya untuk dijadikan teman betul-betul berada di hadapannya. Khayalan Ash terganggu dengan teguran Diyana. Diyana telah meminta tolong Ash mengajarnya subjek yang dia lemah. Ash pun tolong la kan. Pada mulanya Ash berasa kekok untuk mengajar Diyana kerana Ash tidak biasa dengan Diyana. Pada keesokkan harinya, Ash dan Diyana berjumpa lagi. Hubungan mereka semakin rapat. Kali ini, Ash yang pergi ke meja Diyana. Ash dan Diyana belajar seperti biasa. Apa yang Ash tidak faham,Diyana yang menerangkannya. Apa yang Diyana tidak faham,Ash yang menerangkannya. Setelah hari-hari belajar bersama-sama, kadang-kadang Ash dan Diyana keluar makan bersama-sama. Ash berasa sangat gembira. Kegembiraan pada kali ini adalah kegembiraan yang belum pernah dirasainya sebelum ini. Setelah berhari-hari belajar bersama, maka tibalah hari peperiksaan. Pada malam sebelum peperiksaan, Ash dan Diyana study sehingga lewat malam dan boleh dikatakan langsung tidak tidur pada malam itu. Sambil-sambil study, Ash dan Diyana juga bermesej antara satu sama lain. Pada malam itu, Diyana telah mengajak Ash untuk turun bersamanya ke dewan peperiksaan. Ash sangat terkejut kerana sebelum ini Ash tidak pernah turun ke kelas bersama perempuan walaupun budak kelasnya sendiri. Tapi Ash tetap setuju dengan jemputan Diyana. Pada keesokan paginya, Ash dan Diyana pun berjumpa di tempat yang telah dijanjikan. Ash terpegun melihat Diyana. Diyana begitu cantik sekali dengan berbaju kurung oren. Ash selalu menatap muka Diyana tapi Diyana malu kalau ada orang melihatnya begitu. Ash dan Diyana berjalan bersama-sama hinggalah sampai di dewan peperiksaan. Setiap langkah yang Ash lalui, Ash merasa bagaikan dia dan Diyana sahaja yang berada di dunia ini. Setelah tamat peperiksaan pada hari tersebut, Diyana terus pulang kerumah dengan abahnya yang datang mengambil. Ash tidak dapat pulang terus pada hari tersebut kerana ada banyak kerja yang perlu diselesaikan. Setelah lama tidak berjumpa Diyana, Ash begitu rindu sekali dengan Diyana. Ash selalu teringat akan seyumannya, ketawanya, gurauannya, kenakalannya, kemanjaannya, matanya, kutenya..hehe. Ash pun tidak tahu kenapa boleh timbul persaan begitu, mungkin kerana sebelum ini kerap kali berjumpa kot. Dalam pada itu, barulah Ash tahu yang dia telah mula menyayangi Diyana. Dalam cuti semester itu, mereka selalu berhubung antara satu sama lain. Oleh kerana selalu berhubung, Diyana pula telah menyatakan yang dia telah mula menyayangi Ash tetapi Diyana tidak mahu couple kerana takut kisah lama berulang kembali. Ash faham akan keadaan Diyana dan Ash tetap menunggu Diyana. Ash tetap selalu disisi Diyana ketika Diyana memerlukan Ash. Ash dan Diyana begitu mesra sekali sehinggalah Diyana pulang ke kampung. Sejak dari hari itu, Diyana berubah dan jarang menghubungi Ash. Ash begitu tertanya-tanya kenapa Diyana menjadi begitu. Akhirnya Ash bertanya sendiri kepada Diyana dan Diyana menceritakan perkara sebenar kepada Ash. Ash cuba memahami Diyana dan sekarang Ash dan Diyana tetap jarang berhubung. Tidak seperti dulu lagi. Ash dapat merasakan perubahan Diyana. Walau macam mana pun, Ash tetap menerima Diyana seadanya. Ash begitu begitu menyayangi Diyana dan Ash tidak tahu adakah Diyana pun merasa begitu. Sekarang, Ash hanya dapat berhubung dengan Diyana pada waktu malam sahaja. Itupun kalau dapat. =[ Ash berharap sem hadapan Ash dapat berjumpa Diyana kembali dan dapat study sama macam dulu lagi. Ash sayang Diyana.

Tuesday, December 8, 2009

KAU PERGI..

NOTA SEKEPING HATI Semua ini bemula apabila seorang jejaka bernama Farid yang baru sahaja tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia telah pulang ke kampung halamannya yang lama ditinggalkannya sejak kecil lagi. Farid,berkulit hitam manis,berambut hitam,bercermin mata,tinggi lampai, merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Ketika sampai di kampungnya, Farid tergamam seketika dengan perubahan kampungnya. Berbeza dengan apa yang dialaminya sewaktu kecil dahulu. Begitu banyak perubahan terhadap kampung tersebut. Dengan keindahan kampung yang semakin menghijau, dengan bunyi burung yang berkicau,ayam yang berkokok,dan lebih-lebih lagi kampungnya telah dianugerahkan sebagai Desa Cemerlang beberapa tahun lepas. Ketika di rumah datuknya, Farid berasa gembira kerana masih dapat berjumpa kembali dengan datuknya yang telah sekian lama tidak berjumpa. Pada hari tersebut, Farid mengambil peluang untuk bersiar-siar di sekitar kampungnya yang sudah lama ditinggalkannya. Memang banyak perubahan,sambil Farid teringat akan kenangannya yang bermain bersama-sama rakannya sewaktu kecil dahulu. Suatu hari,ketika Farid sedang berbual rancak dengan ahli keluarganya di rumah datuknya,ayahnya telah menyuruh Farid membeli rokok di kedai neneknya yang besebelahan dengan rumah datuknya. Ketika Farid sampai di kedai tersebut, Farid ternampak seorang perempuan, berumur dalam linkungan 16-17 tahun, yang berbaju belang hitam merah sedang bermain congkak dengan mak saudaranya. Farid tidak nampak wajahnya kerana perempuan itu membelakanginya. Dari pandangan belakang Farid dapat rasakan yang perempuan itu adalah yang terbaik baginya. Farid sangka perempuan itu dari kampung seberang kerana Farid tidak pernah melihatnya sebelum ini di kampung itu. Kerana sibuk untuk menghantar rokok kepada ayahnya, Farid telah meminta tolong dari sepupunya,Farah, untuk mendapatkan nombor telefon perempuan tersebut. Pada malam tersebut, Farid telah menghantar mesej kepada perempuan itu. Maka bermulalah satu perhubungan yang tidak dirancang oleh kami tetapi dirancang oleh Allah s.n.w. Pada permulaannya,perempuan itu tidak mengenali Farid,tetapi Farid telah menjelaskan siapa dia yang sebenarnya. Perempuan tersebut dikenali sebagai Amy,berkulit tidak berapa putih,berambut panjang,mempunyai mata yang cantik,tubuh yang cantik,berisi,yang baru berusia 14 tahun yang akan memasuki 15 tahun. Sewaktu awal perkenalan, Amy mahu mengambil Farid sebagai abang angkatnya tetapi Farid tidak mahu kerana menganggap itu taktik lama untuk tackle seseorang. Farid dengan hati yang ikhlas telah mengajak Amy untuk couple dengannya. Amy dengan berfikir sejenak telah menyetujui untuk couple dengan Farid dengan syarat agar Farid setia dengannya. Farid tidak tahu yang ketika itu Amy sedang couple dengan orang lain. Amy dengan rasa tidak bersalah telah menyembunyikan perkara tersebut dari Farid. Dari apa yang Farid fikir, Amy seorang yang baik hati,setia,jujur,tegas, dan Farid semakin menyayangi Amy. Dalam masa perhubungan mereka, Farid ada bertanya,”Amy,saya nie orang yang ke berapa dalam hidup awak?” Amy selamba menjawab,”orang keempat.”. Ketika itu Farid tidak terasa hati kerana kasih sayang belum berputik. Sewaktu di awal perkenalan juga, Farid kerap bermain mesej dengan Amy. Amy pula memberi respon yang menampakkan Amy juga suka kepada Farid. Ketika itu,banyak janji dan kata yang ditaburkan oleh Farid dan Amy. Mereka saling berjanji akan mencintai satu sama lain,tidak akan memainkan perasaan,sanggup tunggu walaupun seribu tahun lagi, dan tidak akan meninggalkan antara satu sama lain. Pada 26 disember 2007, salah seorang ahli keluarga Farid telah berkahwin dan telah diadakan kenduri di kawasan rumahnya. Pada waktu itu,hubungan Farid dengan Amy semakin rapat dengan saling membantu membuat kerja. Farid yang kena pergi ke supermarket pada malam itu untuk membeli perkakas yang belum cukup,sempat membeli anak patung yang boleh disangkut pada telefon untuk Amy. Amy yang sedang membasuh pinggan di rumah, mengucapkan terima kasih kepada Farid kerana sudi memberi kepadanya. Farid ingin mengambil gambar Amy pada waktu tersebut tetapi Amy seorang yang pemalu dan susah untuk mengambil gambarnya ketika ramai orang yang melihat. Ketika itu Amy memakai baju berwarna biru,bertudung putih, dan berseluar krim,yang amat sesuai dengannya. Bagi Farid, dia yang paling cantik di mata Farid. Selepas pada itu,hubungan mereka semakin intim. Banyak perkara yang mereka lalui bersama. Beberapa hari selepas itu, Farid telah menerima sepucuk surat bagi menghadiri Program Latihan Khidmat Negara di Tapah, Perak. Farid berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan Amy yang baru sahaja dikenalinya beberapa minggu. Bagi Farid, kehadiran Amy telah banyak mengubah perkara dalam hidupnya. Mengenali apa itu erti kasih sayang, rindu, cinta, dan hidup di dunia ini. Farid berasa berat hati untuk meninggalkan Amy. Semakin hari Farid semakin sayang kepada Amy. Pada hari Farid hendak bertolak ke kem, Farid sempat bemain mesej dengan Amy. Farid berasa sedikit terkejut kerana tiba-tiba Amy telah meminta Farid top up untuknya. Mungkin Amy ingin couple dengan Farid hanya untuk kepentingannya kerana perempuan yang Farid couple sebelum ini tidak pernah meminta apa-apa dari Farid. Farid berasa hairan. Tetapi Farid cuba untuk tidak berfikiran sedemikian sebab apa yang Farid tahu Amy lain orangnya. Sebelum ini, Farid pernah bertanya kepada rakan-rakannya di kampung tentang bagaimana perangai Amy. Daripada pemberitahuan rakannya, Amy pernah couple dengan empat orang lelaki sebelum ini. Akan tetapi, semua orang yang Amy couple tidak pernah pun couple melebihi lima bulan. Paling tidak pun tiga bulan. Dari situ Farid mengetahui yang Amy ini seorang yang cepat bosan dengan pasangannya. Farid cuba untuk bertahan lebih lama dengan Amy. Selain itu, rakannya juga memberitahu yang Amy ini gatal orangnya. Ketika di sekolah mereka memanggil Amy ‘mek geletah’. Banyak cerita tidak elok yang Farid dengar daripada rakan-rakannya. Farid mengambil keputusan untuk mengenal sendiri siapa Amy sebenarnya. Ketika dalam perjalanan ke kem, Farid masih lagi bermain mesej dengan Amy. Farid bertanya, “Amy,semasa saya tiada nie,awak boleh setia tak? Awak tak mainkan perasaan saya kan?” Amy menjawab “saya setia,saya tak mainkan perasaan awak.kenapa?”. Farid hanya tersenyum keseorangan. Farid hanya menghantar mesej yang dia saja bertanya soalan itu dan ucapkan terima kasih kerana jawapan tadi. Setelah sampai di kem tersebut, Farid telah terputus hubungan selama seminggu. Farid hanya dibenarkan menggunakan telefon ketika hujung minggu sahaja. Untuk melepaskan rindu, Farid menatap gambar Amy yang sempat diambilnya sebelum pergi ke kem tersebut. Amy dengan memakai baju belang hitam merah yang mana sewaktu pertama kali Farid melihat Amy di kedai neneknya. Dengan senyuman di wajahnya, barulah terukir wajah sebenar Amy yang sememangnya cantik dipandang. Farid hanya dapat berhubung dengan Amy ketika di hujung minggu sahaja. Waktu itulah Farid melepaskan segala rindu yang dipendam beberapa hari sebelum dapat berhubung semula dengan Amy. Segala persoalan ditanya kepada Amy. Semua jawapan yang Amy berikan telah meyakinkan Farid yang Amy sangat sayang kepadanya. Amy juga memberitahu yang dia malu untuk berjumpa dengan Farid kerana semua keluarganya sedang bercakap mengenai dia dan Farid. Dia juga memberitahu yang dia sanggup menunggu Farid dan pernah bersumpah untuk tidak akan cari yang lain dan hanya Farid seorang sahaja yang hanya boleh membahagiakan dia dan menceriakan hidup dia sampai bila-bila. Selepas pada itu, Farid sering kali top up kepada Amy kerana kasih dan sayangnya terhadap Amy. Ternyata Amy tidak seperti yang Farid gambarkan,Amy benar-benar berbeza daripada perempuan lain. Ada suatu masa Amy tidak melayan Farid dan telah membuat Farid terasa hati dengan layanan Amy. Tetapi Amy pandai memujuk dengan mengatakan “mana boleh macam tu,awak kan pakwe saya”. Farid terus lembut hati dan mengatakan jangan buat macam itu lagi. Apa yang lelaki mahukan hanyalah perhatian dari seorang perempuan yang amat dia sayang sekali dalam hidupnya. Setelah tamat latihan di kem tersebut, Farid dengan berkepala botak malu untuk berjumpa dengan Amy. Jadi, Farid mengambil masa beberapa hari untuk berjumpa dengan Amy. Kalau keluar rumah pun Farid akan memakai topi untuk melindungkan kepala botaknya. Setelah beberapa hari tidak berjumpa, Farid semakin rindu kepada Amy. Teringat akan senyuman dan kenakalan Amy yang manja. Farid tidak pernah jumpa Amy ditempat lain mahupun di tempat yang tersembunyi. Farid selalu jumpa Amy di rumahnya dan berbual mesra sekali dengan Amy dan keluarganya. Hubungan Farid dengan keluarga Amy semakin rapat sehingga emak Amy mahu mengambil Farid sebagai anak angkat. Beberapa minggu selepas itu, cuti pertengahan tahun bagi budak-budak sekolah. Amy telah pun mengikut keluarganya bercuti ke Kuala Lumpur. Di sana, Amy tinggal di rumah kakaknya yang terletak di Kajang,Selangor. Farid juga turut pergi ke Kuala Lumpur untuk bercuti di sana sambil menunggu keputusan melanjutkan pelajaran. Setelah lima bulan bersama, apa yang dikatakan oleh kawan-kawannya sememangnya betul kerana Amy hanya memberi respon baik hanya tiga hingga empat bulan sahaja. Farid menghantar mesej kepada Amy tetapi tidak dibalasnya seperti dahulu. Amy nampak macam dah bosan dengan Farid. Balas mesej pun dah macam nak tak nak je. Farid cuba bersabar untuk bersama lebih lama dengan Amy. Semakin hari Amy semakin menjarakkan diri dari Farid. Farid berasa hairan kenapa Amy bersikap macam itu. Farid menelefon Amy tetapi tidak diangkat. Dah banyak kali Farid menelefon Amy. Satu pun tidak dibalasnya. Farid berasa sakit hati sangat terhadap apa yang dibuat oleh Amy. Farid cuba untuk bersabar dan tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya keluar. Farid bertanya kepada Amy sama ada dia ada masalah atau tidak dan kenapa berbuat demikian terhadap Farid. Amy menjawab seperti biasa yang dia sengaja melakukannya. Selagi Farid boleh bersabar Farid akan bersabar. Farid amat menyayangi Amy bukan kerana paras rupanya tetapi kerana sifatnya,perangainya itulah yang membuatkan Farid tidak sampai hati untuk memarahinya. Ketika di dalam bas,dalam perjalanan pulang ke Kelantan, Farid menghantar mesej kepada Amy tetapi tiada satu pun yang dibalasnya. Farid terfikir sejenak kenapa Amy melakukan ini kepadanya. Kejam sangatkah Farid sampai tergamak Amy melakukan semua ini terhadapnya. Farid tidak tahu apa salahnya. Amy pula senyap tanpa memberitahu apa-apa. Ketika itu Amy masih di Kuala Lumpur. Amy pulang ke kampung selepas beberapa hari Farid pulang. Selepas Amy pulang ke kampung, Amy membalas mesej Farid, Farid mengambil kesempatan bertanya kenapa Amy berbuat begitu terhadapnya semasa di Kuala Lumpur. Amy menyatakan dia tiada masa untuk bermain telefon dan banyak kerja yang perlu dilakukan semasa di rumah kakaknya. Lebih-lebih lagi kawalan di rumah kakaknya sangat ketat. Kakaknya tidak selesa melihat Amy bermain telefon memandangkan Amy masih kecil dan belum sesuai untuk bercouple. Farid cuba untuk memahami Amy dan memaafkannya. Tidak lama selepas itu, Farid menerima surat yang dia berjaya melanjutkan pelajaran di Matrikulasi Gambang yang terletak di Pahang. Farid ingin melanjutkan pelajaran di sana tetapi tidak sanggup untuk meninggalkan Amy. Jadi Farid mengambil keputusan untuk menunggu panggilan yang lain. Tiga hari selepas itu, Farid telah dipanggil untuk melanjutkan pelajarannya di Universiti Teknologi Mara dalam bidang pengajian perniagaan. Farid berasa sangat gembira kerana tempat yang dia belajar tidak jauh dari kampungnya. Farid telah pergi berjumpa Amy dan memberi baju yang dibeli olehnya semasa di Kuala Lumpur. Amy memakainya dan mengambil gambar bersama Farid sebelum Farid pergi melanjutkan pelajarannya. Farid memeluk Amy kerana Farid amat sayangkannya. Dengan kulit tangan Amy yang lembut hinggalah ke perut Farid memegangnya. Itulah pertama kali Farid memegang dan memeluk seorang perempuan yang amat dia sayangi. Dalam pada itu juga Farid telah mencium pipi Amy sebagai tanda kasih dan sayangnya terhadap Amy. Farid ikhlas dengan Amy dan telah berjanji hanya akan setia dengannya. Farid telah banyak berkorban untuk Amy. Farid telah anggap Amy macam keluarganya sendiri. Amy pernah mengikut keluarga Farid pergi membeli belah bersama. Pada waktu itu, Farid telah membeli cincin kepada Amy dan menyarungkan ke tangan Amy di depan keluarga Farid. Farid merasakan yang mereka macam dah berkahwin....hehe. Amy terlalu penting dalam hidup Farid. Pelbagai benda yang membuatkan Farid menyayangi Amy. Cara Amy, sifatnya, perangainya. Amy dah macam separuh dalam hidupnya dan bagaikan nyawanya. Akan tetapi,Amy tidak pernah memikirkan pengorbanan Farid itu. Amy semakin hari semakin tidak suka kepada Farid. Suatu hari Amy menyatakan yang dia sudah bosan dengan Farid dan hanya ingin berkawan dengannya. Farid tidak menerima kenyataan itu dan cuba untuk memujuk Amy. Amy tetap dengan pendiriannya. Farid berasa sangat marah dan telah mengeluarkan kata-kata yang buruk terhadap Amy. Perlakuan Amy seolah-olah tidak memikirkan perasaan orang lain. Dia tidak berfikir bagaimana kalau semua itu terjadi kepadanya. Amy telah memutuskan perhubungan ini dan senyap tanpa berhubung apa-apa. Setelah seminggu berlalu, Farid berasa sangat keseorangan. Kadang-kadang Farid berfikir, kenapa dia tidak boleh lupakan Amy. Ramai-ramai perempuan yang dia pernah couple sebelum ini,tidaklah sampai macam nie sekali. Farid tidak tahu apa yang ada pada Amy sampai dia tidak boleh melupakan Amy walaupun hanya sesaat. Kalau perempuan yang sebelum nie,senang jer Farid tinggalkan. Tetapi kenapa Amy dia tidak boleh lupakan sehingga sekarang. Suatu hari, Farid telah berpakat dengan kawan Amy semata-mata untuk berjumpa dengan Amy. Ketika itu Amy sedang buat study group dengan kawannya di sebuah perpustakaan awam dekat kampung mereka. Farid masuk ke dalam perpustakaan tersebut dan melihat Amy melarikan diri masuk ke dalam tandas. Farid tak sangka yang Amy buat macam tue sekali kerana tidak mahu berjumpa Farid. Farid tetap tunggu di meja tempat Amy dan rakannya study. Akhirnya Amy keluar dengan muka yang agak-agak nak marah. Farid cuba untuk memujuknya tetapi Amy tidak mahu untuk bersemuka dengannya. Farid bersabar. Setelah lama dipujuk,akhirnya Amy duduk disebelah Farid dan bercakap secara elok serta berbincang tentang hal mereka. Farid tergamam seketika ketika Amy memegang tangannya. Amy menerima Farid kembali. Farid berasa sangat gembira. Tetapi Amy telah menampar belakang Farid sebagai balasan apa yang Farid lakukan sebelum ini. Farid tidak berasa sakit tapi suka setiap kali Amy memukulnya. Selepas itu,hubungan mereka kembali dulu. Mereka bermesej tapi Amy tetap balas macam dulu. Farid cuba memahami Amy. Mungkin kerana Amy tidak suka bermesej dan kalau tak pun Amy memang balas mesej macam tue. Setelah sekian lama baru Farid tahu yang Amy memang balas mesej macam tue dan tidak berapa suka bermain mesej. Kadang kala Farid mahu sekali melihat telefon Amy dan apa yang terdapat di dalamnya. Amy menolak dan tidak mahu memberi telefonnya kepada Farid. Farid berasa tidak sedap hati tetapi Farid cuba bersabar. Amy sering kali melihat telefon Farid tetapi Farid sikit pun tidak menghalangnya kerana mempercayai Amy. Kadang-kadang pasal telefon pun boleh timbul pergaduhan antara mereka. Suatu hari, ketika Amy sedang leka, Farid telah mengambil telefon Amy secara tiba-tiba. Amy terkejut dan merayu supaya kembalikan telefonnya semula. Sebelum itu, Farid melihat apa yang terdapat dalam inbox Amy. Ternyata Amy tidak mahu memberi telefon kepada Farid kerana tidak mahu Farid tahu yang dia menyimpan mesej-mesej kekasih lamanya. Walaupun Farid berasa terkilan dengan perkara itu, Farid cuba memendamnya di dalam hati kerana ingin menjaga hubungan yang telah terbina ini. Segala benda yang Farid tahu dan dengar daripada mulut orang,Farid hanya berbuat tidak tahu di depan Amy kerana takut melukai hati Amy. Farid amat menyayangi Amy dan tidak sanggup melihat kesedihan di wajah Amy. Hubungan mereka kembali intim. Kalau Amy tiada kredit,Farid lah yang selalu menolongnya. Setelah beberapa bulan berlalu,ahkirnya tiba lah penghujung tahun. Pada hujung tahun itu, Amy telah pergi semula ke Kuala Lumpur. Farid berasa sangat risau kerana takut terjadi seperti dahulu. Semasa Amy di Kuala Lumpur, Farid telah memberi sehelai baju kepada emak Amy di kampung untuk diberikan kepada Amy. Apa yang Farid harapkan adalah untuk melihat perempuan yang dicintai memakai pakain yang ikhlas diberikannya. Di Kuala Lumpur juga lah Amy telah menonton video yang Farid buat khas untuk Amy dengan berlatarkan lagu Letto – Sebelum Cahaya. Beberapa hari selepas itu, Farid turut pergi ke Kuala Lumpur. Setelah beberapa hari tinggal di Kuala Lumpur, Farid telah mengajak sepupunya,Haikal untuk pergi ke rumah kakak Amy di Kajang. Pada mulanya mereka sesat tapi ada salah seorang ahli keluarga Amy telah datang menjemput. Sampai saja di rumah kakak Amy, Amy marah kerana dia tidak membenarkan Farid datang ke rumah kakaknya. Akan tetapi,kakaknya yang menjemput Farid datang ke rumahnya. Ketika di rumahnya, Amy bermasam muka tapi akhirnya senyum kembali. Farid suka melihat kegembiraan di wajahnya. Emaknya menjemput Farid dan sepupunya untuk makan bersama Amy. Pada masa itu,baru Farid tahu yang Amy sama sepertinya yang tidak boleh makan masakan pedas dan tidak makan sayur. Amy memberi lauk dipinggannya kepada Farid kerana terlalu pedas. Farid cuba untuk makan walaupun Farid juga tidak boleh makan pedas. Farid gembira melihat Amy yang sedang memakai mekap di hadapannya. Ketika Amy senyum lah memaparkan wajah sebenar Amy. Selepas itu, Farid dan Haikal telah diajak ke pasar malam berdekatan dengan rumah kakaknya. Itulah pertama kali Farid keluar pasar malam bersama Amy dan boleh berjalan sekali dengannya. Farid ingin sangat menjaga Amy. Farid terlalu menyayangi Amy tetapi Farid tidak tahu adakah Amy mengerti semua itu. Setelah siap membeli di pasar malam, Farid dan Haikal pun pulang kembali ke Kuala Lumpur. Sebelum pulang, Farid telah memegang Amy dengan tujuan ingin memeluknya. Tetapi Farid faham dengan apa yang terlakar di muka Amy seolah-olah dia tidak mahu. Farid dan Haikal pulang dengan cepat kerana cuaca semakin gelap dan hari pun hendak hujan. Ketika dalam perjalanan,hujan turun dengan lebatnya dan mereka pulang dengan basah kuyup. Walaupun begitu, Farid berasa sangat gembira kerana dapat bertemu Amy walaupun hanya sekejap. Mereka kurang bermesej kerana Amy memberitahu takut dia cepat jemu. Jadi Farid jarang bermain mesej dengan Amy dan hanya menelefon Amy tiap-tiap hari pada watu malam. Sebelum ini, Farid pernah terdengar dari mulut Amy yang dia nak couple dengan Farid setakat hujung tahun nie jer. Cukup setahun mereka couple. Farid pernah bertanya kepada Amy samada betul apa yang dikatakannya sebelum ini. Amy hanya menjawab dia tidak tahu dan mintak semua itu tidak berlaku. Farid pulang awal ke Kelantan. Ketika Amy masih di Kuala Lumpur,kakaknya telah memberikan sehelai baju kepada Farid dan mengatakan Amy yang memilih baju tersebut. Farid bertanya kepad Amy adakah benar dia yang memilih baju tersebut, Amy hanya seperti biasa dan mengatakan bukan dia yang memilihnya. Farid faham yang Amy malu untuk menyatakannya. Ketika Amy dalam perjalanan pulang ke Kelantan, Farid sempat bertanya Amy sekali lagi adakah esok 29/12/08 dia akan memutuskan hubungan nie. Farid terkejut kerana Amy menjawab ‘ya’ tanpa sebarang alasan. Pada petang itu Amy sampai di rumahnya dan Farid terus meluru pergi ke rumah Amy untuk bersemuka dengan Amy. Amy menyatakan yang dia tidak mahu untuk terus bersama dengan Farid. Farid cuba memujuk Amy supaya meneruskan hubungan yang telah sekian lama terjalin ini. Farid memegang erat tangan Amy sambil memujuk tapi tidak dilayan oleh Amy. Setelah berkali memujuknya,Amy membalas pegangan erat Farid. Amy telah mengeluarkan air mata dan Farid menyapu air mata Amy yang mengalir di pipi. Farid menyatakan dia terlalu sayangkan Amy dan kenapa amy tidak mengerti semua itu. Farid mengelurkan cincin yang diberikan oleh kakaknya dan Farid menyarungkan cincin di jari Amy dan Amy menyarungkan cincin di jari Farid. Selepas itu, Farid mencium dahi Amy sebagai tanda terima kasih kerana menerima dia kembali. Hubungan mereka kembali seperti dulu. Farid memberitahu Amy yang dia hendak menyambut hari lahir bersama Amy pada hari lahirnya. Beberapa hari selepas itu, genaplah tahun 2009 dan Amy pun telah memasuki tingkatan tiga dan akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. Farid semakin kurang menghubunginya kerana takut menganggu Amy sedang study. Walaupun begitu, hubungan mereka tetap intim tanpa sebarang masalah. Di awal tahun itu, Amy banyak memerlukan buku log untuk kegunaannya semasa belajar. Farid dengan rasa tanggungjawab telah membeli beberapa buku log kepada Amy semata-mata untuk melihat Amy gembira dan berjaya dalam pelajarannya. Pada 15 Januari 2009, genaplah Amy berusia 15 tahun. Amy tidak menyambut hari lahirnya kerana ingin menyambut pada hari jadi Farid yang bertarikh 26 Januari 2009. Pada hari lahir Amy, Farid telah menghadiahkan Amy telefon sony ericsson. Amy berasa sangat gembira kerana sudah lama dia mahukan telefon baru yang mempunyai MP3. Farid berasa senang melihat kegembiraan dan keceriaan yang terukir di wajah Amy. So...cute. Pada hari lahir Farid, Farid menyambutnya di rumah Amy kerana Farid ingin merasai bagaimana sambut hari lahir dengan orang yang dia sayang. Emak Amy telah bersusah payah menyediakan makanan untuk sambut hari lahir Farid. Ramai yang telah hadir pada hari tersebut. Kawan-kawan Farid, Amy semua datang. Itulah pertama kali Farid memotong kek bersama Amy dan dia tidak akan melupakan kenangan itu sampai bila-bila. Farid berasa sangat gembira. Farid berterima kasih kepada emak Amy kerana bersusah payah untuk menyambut hari lahirnya. Ketika cuti sekolah, Amy pernah pergi ke rumah Farid dan tidur di sana. Farid berasa senang kerana dapat melihatnya setiap masa. Pertama kali Farid melihat muka Amy selepas bangun tidur. Itu pun sebelum Farid masuk ke bilik mandi. Bagi Farid, dia menerima Amy seadanya. Selepas itu, Farid seperti biasa menelefon Amy pada waktu malam. Mereka jarang bermesej kerana Farid tahu Amy tidak suka bermesej. Kalau mesej dibalas pun, Farid tahu bukan Amy yang membalasnya tetapi kakaknya kerana cara mesej dibalas berbeza dengan cara yang Amy balas. Farid hanya menunggu waktu malam sahaja untuk berhubung dengan Amy. Paling tidak pun pada waktu petang ketika Amy sedang rehat dan lepak bersama keluarganya. Kadang-kadang Farid terasa dengan perlakuan Amy. Farid menghantar mesej pada waktu pagi,Amy cakap nak mesej petang nanti. Bila Farid hantar mesej waktu petang,Amy cakap nak mesej malam pulak. Macam-macam alasan yang Amy bagi. Seolah-olah Amy hendak mengelak darinya. Farid tidak tahu apa salahnya sehingga sebegitu sekali balasan diterimanya. Farid dah lakukan bermacam-macam perkara semata-mata untuk menjaga perasaan Amy. Apa saja yang Amy minta,Farid bagi. Apa saja yang Amy suruh,Farid lakukan. Farid sanggup korbankan dirinya sendiri semata-mata kerana Amy. Sekolah Amy akan mengadakan sukan tahunan sekolah. Amy memerlukan sehelai seluar sukan yang baru untuk dipakainya. Farid dengan ringan hati telah membeli sehelai seluar sukan kepada Amy kerana tidak mahu Amy menyusahkan emaknya. Farid tidak tahu adakah Amy mengerti semua itu,yang penting Farid telah usaha buktikan yang dia amat menyayangi Amy. Ke mana saja Farid pergi,mesti ada hadiah yang dibelikan untuk Amy. Amy sekali lagi telah membeli sehelai baju kepada Farid. Farid sangat gembira. Farid tidak mengharapkan sedikit balasan pun dari Amy, cukuplah sekadar Amy mengambil berat akan dirinya dan menyayanginya seperti dia menyayangi Amy. Setelah setahun lebih mereka bersama, Amy telah berubah kembali. Perlakuan Amy seolah-olah dah macam tidak memperdulikan Farid lagi. Farid berasa serba salah. Sering kali Farid menelefon Amy tetapi tidak diangkat. Farid tahu Amy dengar bunyi deringan telefon,tapi Amy sengaja tidak mahu mengangkatnya. Ada ketika Amy menutup telefonnya kerana tidak mahu diganggu oleh Farid. Farid cuba bersabar dan menahan kemarahannya. Amy masih menutup telefonnya. Bermacam-macam kata yang mahu dilemparkan jikalau Amy membuka telefonnya nanti. Akan tetapi,apabila Amy membuka telefonnya, Farid tidak sampai hati untuk memarahinya. Melihat gambar Amy di telefonnya, membuatkan Farid teringat akan kenangan manisnya bersama Amy yang lalu. Amy macam tidak mahu bercakap dengan Farid. Farid tetap bersabar. Farid boleh bersabar dengan Amy pun kerana Farid jatuh hati dengan Amy bukan kerana kecantikannya tetapi kerana sikap nakalnya,perangainya. Itulah yang membuatkan Farid boleh bersabar dengan Amy sekian lamanya. Suatu hari, Amy menyatakan yang dia tidak mahu bersama Farid lagi. Farid pasrah kerana itu dah kali ketiga Amy meminta darinya. Farid bingung. Apakah yang membuatkan Amy mengeluarkan keputusan macam tue. Baru Farid faham yang selama ini Amy tidak ikhlas menyatakan dan keluar dari mulut sendiri yang dia menyayangi Farid. Semuanya hanya paksaan dan permintaan dari Farid. Farid tahu yang kasih sayang kita tidak perlu diucap dan tidak perlu di lafaz tapi paling kurang ucaplah sekali dengan hati yang ikhlas dan tanpa ditanya oleh Farid. Orang yang Farid korbankan segalanya untuknya hilang sekelip mata dan senang sekali meninggalnya tanpa memikirkan apa-apa. Apakah salah Farid sehingga Amy sanggup berbuat begitu sekali terhadapnya. Dimana janji yang pernah diungkapkan? Dimana kata yang pernah dilafazkan? Dimana sumpah yang pernah dikatakan? Senang sekali Amy melupakan semua itu. Farid yang terlalu banyak berkorban demi Amy berasa tidak berbaloi apa yang dilakukan selama ini untuk Amy. Farid memikirkan seakan-akan Amy tidak mengenang segala jasanya. Kalau Amy memilih lelaki yang handsome untuk bersamanya, Farid merasakan yang dia memang tidak layak buat Amy. Kalau Amy mahukan kesetiaan, Farid boleh beri semua itu. Apa yang Farid tahu, Amy memang ramai kawan lelaki. Biasanya kalau ramai kawan lelaki nie seorang playgirl. Tapi Farid tak nak fikir semua itu kerana apa yang Farid tahu Amy nie seorang yang baik hati. Akhirnya, Amy menyatakan yang dia mahu belajar. Farid masih tidak yakin dengan jawapan Amy itu. Adakah selama ini Amy tidak belajar? Adakah Farid telah terlalu menganggu hidupnya? Kepala Farid penuh dengan persoalan. Amy seolah-olah jadikan mahu belajar sebagai alasan untuk berpisah dengan Farid. Kadang-kadang segala perlakuan Amy banyak dipengaruhi oleh kawannya. Farid mahukan jawapan yang sebenar dari Amy. Amy pernah juga cakap yang couple tue haram. Couple tidak haram sebenarnya tapi makhruh. Couple kalau ikut berlandaskan Islam tidak berdosa pun dengan tidak bersentuhan, berpegangan tangan. Kalau itu yang Amy mahu, Farid sanggup bersama dengan Amy tanpa menyentuhnya. Tapi Farid tidak boleh terima dengan apa yang dilakukan oleh Amy. Dengan Amy cakap kerana dia mahu belajar,tidak mahu bercouple lagi, kerana masalah keluarga dan takut akan terjadi apa-apa terhadap dirinya nanti. Dari situ Farid mengetahui yang Amy sudah tidak mempercayainya lagi. Farid tahu yang Amy banyak merahsiakan perkara daripadanya. Farid juga tahu yang Amy malu untuk menceritakan apa masalahnya. Walaupun Amy terasa hati apa yang dilakukan oleh Farid, dia tidak memberitahu Farid supaya berhenti melakukan perkara yang dia tidak suka. Amy hanya memendam perasaan dan seolah-olah menyuruh Farid memahaminya sendiri. Sebenarnya Farid sudah lama faham akan keadaan Amy cuma dia hanya menunggu Amy menyatakannya sendiri. Amy telah meminta Farid untuk memadamkan gambarnya bersama Farid di dalam Friendster dan meminta Farid supaya mencari kekasih lain. Farid boleh memadamkan gambar di dalam Friendster tetapi tidak sama sekali mencari kekasih lain kerana dia amat menyayangi Amy. Farid pula meminta supaya Amy tidak memadamkan gambarnya di dalam telefon dan jangan ubah contact name Farid di dalam telefon Amy. Farid berasa berat hati untuk melepaskan Amy. Farid meminta maaf dari Amy jikalau dia ada tersilap cakap atau terkasar bahasa atau membuat sesuatu yang Amy terasa hati. Farid tidak mengungkit apa-apa yang Farid berikan kepada Amy kerana Farid ikhlas terhadap Amy. Tidak Amy. Mungkin perasaan Amy saja terasa yang Farid mengungkitnya. Kadang-kadang Farid terfikir kenapa dia terlalu sayangkan Amy dan apa yang membuatkannya terlalu menyayangi Amy. Amy memberitahu Farid yang dia akan kembali semula kepada Farid jikalau masih ada jodoh. Amy meminta buat masa sekarang mereka menjadi teman tapi mesra dan tidak mahu bermusuhan. Farid redha. Sekarang mereka menjadi kawan yang rapat. Walaupun berkawan, Amy masih seperti dulu. Susah untuk menhantar mesej kepada Farid dan miscol kepadanya. Farid merasa yang Amy betul-betul tidak mahu berhubung dengan Farid lagi. Apa-apa yang terjadi kepada Farid pun Amy tak kisah. Farid rasa kalau dia tidak hantar mesej dan telefon kepada Amy, jangan harap Amy untuk mengingati Farid lagi. Tetapi Farid sentiasa menghubungi Amy seperti dahulu dan tidak mahu lost contact dengan Amy. Farid selalu berdoa meminta supaya dia dan Amy dijodohkan bersama. Farid terlalu menyayangi Amy dan kalau boleh dia ingin sangat menjaga Amy. Farid masih ingat yang dia ingin belikan kasut dan MP3 kepada Amy. Farid tidak lupa. Farid selalu melihat video rakaman Amy semasa dia bersama Amy. Latihan coral speaking dalam bilik, merajuk nak cincin balik, nak handphone balik. Gambar-gambar Amy penuh dalam laptop Farid. Gambar Amy seorang, bersama Farid, dan bersama rakan Amy. Macam-macam pose. Sampai sekarang dia tidak boleh melupakan Amy. Di kepala Farid selalu bermain-main jelingan manja Amy, kenakalan Amy yand suka mengusik, gelak tawa Amy, mukanya yang comel ketika dia penat,nak marah dan ketika dia tidur. Selama Farid bersama dengan Amy banyak perkara yang Farid tahu pasal Amy. Antaranya,suka minum milo ais, tak minum air sirup, suka nasi goreng, tak boleh makan pedas, suka kek coklat, suka baca novel, suka tengok cerita indonesia, seorang yang pemalu, kena ikut mood dia, kuat tidur, tak suka makan sayur, ragged, suka pakaian yang cantik-cantik, suka pakai mekap, tak suka pakai jam, anak mak, malas sikit..hehe, suka sangat shopping, suka pergi picnic, suka pergi makan angin, tak boleh ganggu dia sedang tengok tv, dan suka makan lauk ayam. Kalau takde lauk ayam,alamak tak lalu la dia nak makan. Farid cukup memahami Amy,cuma dia sengaja tidak mahu tunjukkannya kerana mahu melihat Amy memahami dirinya terlebih dahulu. Yang penting,tiap-tiap hari dia menelefon Amy dan mendengar keceriaan yang timbul pada suara Amy. That what’s Farid want from Amy. Farid selalu berharap yang Amy akan kembali kepadanya semula. Melihat Amy bermain badminton semula, berkawan dengan rakan sekampung semula, datang ke rumah Farid lagi, dan keluar bersama Amy lagi. Farid merindui semua itu dari Amy. Farid harap Amy dapat kembali kepadanya semula suatu hari nanti. “The day i will stop loving you is the day when i close my eyes forever”

TIP CINTA KOT!!

BIARPUN MENCINTAI PASANGAN SEPENUH HATI,NAMUN ADA KALANYA RASA CINTA YANG BERKOBAR DI JIWA ITU DIRAGUI. MUNGKIN KERANA SIKAP ANDA YANG SELAMBA,ATAU TIDAK PERNAH MEMPAMERKAN PERASAAN AKHIRNYA MEMBUATKAN PASANGAN WASWAS TERHADAP PERASAAN ANDA YANG SEBENARNYA CUKUP TULUS MENCINTAI DIRINYA. Bagi memastikan segala kegusaran terhadap cinta itu,anda mungkin perlu membuktikan apa yang anda rasai itu. Sebabnya pasangan memang memerlukan perhatian dan pengertian bahawa dirinya dicintai.
TIDAK MEMINTA BALASAN
Cinta kepada pasangan semestinya adalah pemberian yang tulus. Cinta adalah ketulusan hati. Untuk itu, tidak selayaknya menyelitkan balasan untuk keuntungan atau kesenangan sendiri. Jangan selalu berharap di kala anda mencintai pasangan, anda akan mendapat perhatian yang sepenuhnya dengan pasangan atau berharap pasangan tidak akan melakukan kesalahan. Harapan ini akan menyakitkan diri anda sendiri. Ingatlah mencintai pasangan bererti anda ‘hanya’ memberi, jadi jangan mengharapkan balasan. Imbal balik dari pasangan akan datang dengan sendirinya bila anda tulus mencintainya.
JANGAN MENUNTUT
Jangan cemari hati dan cinta dengan tuntutan yang pelbagai. Apatah lagi menuntut sesuatu yang tidak mungkin dapat diberikan oleh pasangan seperti kemewahan yang melimpah ruah. Terlalu banyak menuntut selalunya mempunyai maksud untuk kepentingan peribadi. Ia tidak akan mampu mematangkan hubungan malah boleh menghancurkan jalinan kasih yang dibina. Apabila ini berlaku, kesetiaan anda pun luntur. Jadi, jangan banyak ‘menuntut’ sebaliknya andalah yang harus belajar untuk selalu memberi yang terbaik kepada orang lain, termasuk kepada pasangan, melalui cinta anda.
JANGAN TAKUT DIKECEWAKAN
Tidak selamanya sesebuah perhubungan itu akan sentiasa bahagia atau gembira. Ada masanya dilanda kekecewaan mungkin kerana salah faham, perasaan tidak puas hati dan sebagainya sehingga mengguris perasaan. Namun, jangan takut, anda sebenarnya dapat mendewasakan diri dari “luka-luka kecil” seperti ini. Bila anda sudah mampu menghadapi situasi seperti ini, anda akan tetap setia terhadap cinta anda. Cintalah yang akan menghibur anda dari kelukaan hati. Cintalah yang akan membuatkan anda bersemangat untuk bangkit dari kekecewaan. Kesetiaan terhadap cinta inilah yang akan terus menguatkan hubungan kasih anda dengan pasangan.
JADILAH PENGHIBURNYA
Tempatnya cinta adalah hati. Bila hati sedang terluka, seseorang memerlukan hiburan. Begitu juga jika hati pasangan anda sedang berduka, hiburkanlah dirinya. Cinta andalah yang akan menggerakkan diri anda untuk menyenangkan hati pasangan. Namun perkara itu tidak dapat anda lakukan sekiranya anda tidak dibekalkan dengan kesetiaan.
FAHAMI HATI SEPENUHNYA
Manusia tidak selalu berada dalam situasi yang menyenangkan. Sepeti diri anda juga, pasangan akan menghadapi masa-masa sukarnya. Justeru bila pasangan berada dalam keadaan seperti ini fahami hatinya. Jangan pula anda memburukkan lagi suasana hatinya sebaliknya cuba bantu dirinya melalui masa sukar ini. Jangan sesekali juga membiarkan pasangan sendirian mengharungi kepayahan hidupnya. Setialah berada disisinya. Hanya dengan cara ini pasangan akan lebih mencintai anda.
SYUKUR ATAS APA YANG TERJADI
Setiap yang berlaku hidup ini pasti ada hikmahya. Begitu juga dengan apa yang anda lalu. Jangan mengeluh ataupun kecewa menghadapi kesukaran hidup, konflik dan sebagainya. Ucapkan syukur atas kurniaan-Nya kerana member pengalaman yang mewarnakan hubungan anda sekali gus memberi pengajaran dan kedewasaan.
MATANG DALAM TINDAKAN DAN FIKIRAN
Setipa kali membuat keputusan dan bertindak, fikirkan juga kesannya kepada pasangan anda. Selain itu kematangan juga bererti anda menggunakan keyakinan diri dalam menghadapi apa juga yang berlaku. Kematangan juga akan membuat anda setia pada pasangan tanpa digugat dengan perkara-perkara yang tidak pasti. Untuk itu, berushalah untuk matang dalam fikir dab tindakan, agar kesetiaan cinta terus pula berkembang. Hubungan kasih pun akan semakin kuat dan mandiri.
TEGUH DALAM HARAPAN
Cinta tanpa npengharapan tentu akan sia-sia. Hidup takkan bergerak ke depan tanpa harapan. Anda dan pasangan juga seakan tidak memiliki focus kea rah yang lebih baik lagi. Anda juga tidak kan dapat menambahkan sedikit demi sedikit makna cinya dalam hidup anda. Untuk itu, milikilah harapan dan berushalah untuk selalu untuk mewujudkannya. Cara ini anda akan tetap setia kepada cinta anda, kerana harapan andalah yang mendorongnya. Tanpa setia dalam cinta, anda tidak akan ghairah dalam mewujudkan harapan-harapan anda, terutama harapan agar hidup penuh kasih saying dengan pasangan. “CINTA YANG SEBAIKNYA TIDAK HANYA DISIMPAN DI BIBIR SAJA. JANGAN JUGA HANYA DIUNGKAPKAN DENGAN KATA YANG INDAH. SEBAIKNYA SELARASKAN KATA-KATA DENGAN PERBUATAN ANDA HINGGA MAKNA CINTA ITU DAPAT DIRASAKAN BERSAMA PASANGAN. INILAH YANG MEMBUKTIKAN KESETIAAN DAN CINTA ANDA PADA PASANGAN..”